Saturday, December 26, 2009

School Dis'miss'ed

Tipulah kalau aku tak rindukan sekolah. Rasanya memang semua orang begitu, semua orang yang telah menamatkan pelajaran di sekolah, pasti akan rindu. Dan awkwardlah bagi mereka yang tidak rindukan sekolah. Baru 2 minggu dah berlalu, tapi dah mula rindu sekolah. Terutamanya aku yang baru experience habis sekolah. Namun begitu, ada jugalah beberapa perkara yang amat menggembirakan aku apabila habis sekolah,
- tak perlu lagi bangun pagi awal2 siap sedia nak tunggu van sekolah ambil. (solat subuh itu lain cherita)
- tak perlu lagi gosok baju sekolah.
- tak perlu lagi buat homework.
- dan akhir sekali tak perlu lagi memikirkan tentang aktiviti yang ada kena-mengena dengan sekolah.

Fikiran sudah mula tenang dan bebas memikirkan tentang hal lain. Hal yang dimaksudkan ialah bergembira. Bukan bermaksud yang aku tidak pernah gembira sebelum ini tapi gembira kerana sudah tiada apa2 lagi untuk difikirkan tentang hal-hal sekolah (pelajaran etc.)

Habis sahaja kertas periksa yang terakhir aku berasa amat lega. Namun, ada juga feeling kurang senang dalam hati. Feeling itu adalah tentang result SPM. Rakan taulan sungguh pelik dengan aku, baru sahaja habis periksa dah start fikir pasal result, "relax lah dulu lan, kita enjoy dulu! malam ni clubbing jom!", sedikit kata2 rakan sekelasku. Tapi aku tetap rasa kurang senang, aku mula sedar yang aku tidak menggunakan masa dengan betul. Aku merupakan spesies orang yang mudah membazirkan masa. Beginilah aku, memberikan banyak alasan, namun, aku sudah cuba dan hanya mengharapkan yang terbaik. Bak kata Bedu, "kau dah cuba yang terbaik, sekarang kau patut berserah dan bertawakal je". Benar kata dia, in the end, we will seek the Almighty.

Aku mula merindui memori2 di sekolah, dari darjah 4 sampailah sekarang. Darjah 1 & 2 aku tidak berapa ingat sangat memori2 best tapi masa darjah 3 berada setahun dan menumpang serta belajar di negara orang lain, itu merupakan memori yang tidak akan dilupakan. Primary 3 di sana belajar pasal 'Matter' tapi tingkatan 1 (if I'm not mistaken) baru mula belajar tentang topik ini dalam subjek Sains. Sangat sukar dipercayai tapi aku bersyukur kerana dapat belajar di negara tersebut. Banyak lagi memori2 best di sana. Alangkah indahnya jika aku menetap sahaja di sana, tetapi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Memori2 best tingkatan 1 hingga 3, pada ketika itu, aku start kemaruk dengan sukan bola sepak. Masih teringat lagi bila main bola dalam kelas, tingkap banyak pecah dan aku dan rakan sekelas yang lain 'menanggung kesalahan' di bilik disiplin. Aku juga ingat guru BM yang mempunyai identiti 'lawak' tersendiri mula dikutuk2 oleh rakan sekelas yang lain. Setiap guru mempunyai nama samaran yang akan diberikan oleh pelajar, biasalah, lumrah pelajar. Dan nama samaran yang diberikan itu oleh rakan2 kelasku mempunyai elemen2 dari novel 'Anak Din Biola'. Sahabat aku Bedu ketika itu merupakan ketua tingkatan pernah menulis nama guru BM ku dan kesalahan yang beliau lakukan dalam buku disiplin kelas. Dia berniat untuk membuat lawak dan tulis kesalahan seperti 'membuang biola ke dalam lubang jamban' dan yang sewaktu dengannya. Namun padah juga akhirnya apabila guru kelasku dapat tahu pasal perbuatan itu. 'What you give, you get back' =). Pabila tingkatan 4 pula aku mula mengenali semula tentang aktiviti 'Le Parkour' ini dan selalu juga mempraktiskan aktiviti ini sehingga tingkatan 5 dan berhenti seketika due to the exam. Tapi sejak tamat zaman persekolahan ini aku cuba hendak bergiat semula dalam aktiviti ini.

Terlalu banyak lagi sebenarnya memori2 best di sekolah. Tapi itu semua hanyalah kenangan. Kenangan yang aku seorang boleh mengingatkannya kembali. Kenangan yang boleh dikongsikan dengan sahabat dan rakan yang lain ketika lepak di mamak. Begitu indahnya memori dan kenangan di sekolah. Kepada yang masih bersekolah, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya di sekolah kerana kita tidak akan dapat mengulangi semula memori2 yang best.

Friday, December 25, 2009

Bukan Post Pertama

Salam, due to certain excuses that I do not want you all to know, I have a new blog! Eventhough I still have the old blog but I'll stay with this one. So, sebagai pembuka kata,

...

there is no pembuka kata!

haha, maybe this is the side effect of staying in the house for a long period of time. SPM examination, finished! and my last paper was LK which was on the 10th of December. Such a relief. I haven't been doing much lately since after finishing the exam. There are so many things that I want to do, which is hanging out with my old friends and also start practicing parkour and tricks. Will start to condition myself and I know it will take a long time but tak kisah la as long as I'm happy.

Well, that's all for the first post for this new blog of mine.

Peace